Carian
Apple Akhirnya Memperkenalkan Aplikasi Kalkulator Untuk iPad
June 11, 2024 Aman

Salah satu perkara yang sering dipersoalkan oleh pengguna iPad adalah ketiadaan aplikasi kalkulator pada tablet keluaran Apple berkenaan. Kini, selepas berdolak-dalih dengan pelbagai alasan, akhirnya Apple mengumumkan pengenalan aplikasi kalkulator untuk pengguna iPad.

iPadOS 18 akan menyertakan aplikasi kalkulator ini, dan membawakan lebih kemudahan untuk input melalui ruangan skrin lebih bersaiz besar. Pengguna turut boleh melihat pelbagai semakan pengiraan pada bahagian tepi, serta mengakses kepada ciri pengiraan lebih kompleks menggunakan aplikasi kalkulator ini.

Menariknya juga adalah sokongan Math Notes yang akan hadir ke iPad. Melaluinya, pengguna boleh menggunakan Apple Pencil dalam menulis sebarang persamaan matematik, dan ia akan menggunakan sokongan pintar dalam mengira dan memaparkan jawapan berkaitan.

Kedua-dua kemaskini memfokuskan pengiraan dan matematik ini akan hadir ke iPad melalui kemaskini iPadOS 18 kelak.

Komen