Carian
Pengguna AirPods Pro Kelak Boleh Mengawal Siri Dengan Pergerakan Kepala Sahaja
June 11, 2024 Effi Saharudin

Bukan sekadar perisian sahaja mendapat perhatian oleh Apple di WWDC pagi ini. Kepada pemilik keluarga AirPods, beberapa penambahbaikan telah diumumkan dengan ia akan memberikan lebih sebab untuk pengguna Apple kekal dalam ekosistem sedia ada. Pengumuman pertama ialah pemilik boleh berinteraksi dengan Siri menggunakan pergerakan kepala menerusi ciri Siri Interactions.

Menerus ciri ini pengesahan kepada Siri, pemilik AirPods Pro boleh mengangguk atau menggelengkan kepala ke kiri atau kanan. Kawalan menggunakan kepala ini boleh digunakan ketika berada di kawasan awan dan pemilik tidak mahu memberikan arahan suara yang lantang. Selain itu menolak panggilan telefon dan menguruskan notifikasi juga kini boleh dilakukan tanpa arahan suara.

Voice Isolation pula ialah ciri premium untuk AirPods Pro di mana suara dapat diasingkan dengan lebih baik daripada latar belakang ketika mikrofon dalam suasana yang bising. Ciri ini boleh digunakan apabila AirPods Bro ditambat pada Mac, iPhone, dan iPad. Ia akan disokong pada  AirPods Pro (Gen 2) sahaja pada ketika ini.

Akhir sekali ialah Personalised Spatial Audio membolehkan audio spatial dalam permainan video turut dinikmati menerusi AirPods (Gen 3), AirPods Pro, dan AirPods Max. Kesemua ciri ini boleh diuji oleh pembangun di peringkat Beta dengan versi akhir akan ditawarkan kepada umum pada musim luruh akan datang.

Komen