Carian
Apple / TV
tvOS 18 Diumumkan – Ini 5 Ciri Paling Menarik
June 11, 2024 Effi Saharudin

Anda pemilik Apple TV? Sekiranya ya Apple tidak melupakan set kotak TV kompak mereka di WWDC. Beberapa penambahbaikan yang diumumkan meminjam beberapa ciri yang sebelum ini hanya ditawarkan menerusi Prime Video misalnya. Berikut ialah senara 10 perkara paling menarik diumumkan untuk tvOS 18.

InSight

InSight ialah ciri yang mirip dengan X-Ray pada Prime Video. Menerusinya maklumat mengenai pelakon di skrin, nama watak yang dimainkan dan juga maklumat mengenai muzik latar yang dimainkan akan dapat dipaparkan pada skrin. Biografi pelakon dan senarai filem lain yang boleh ditonton boleh dipaparkan. Muzik pula boleh dimainkan terus pada Apple Music menerusi InSight. Dengan ciri ini situasi anda tertanya-tanya “di mana aku pernah nampak pelakon ini?” diselesaikan dengan hanya menekan butang atas dalam Apple TV.

Enhance Dialogue

Satu lagi ciri yang mendapat inspirasi daripada Prime Video ialah Enhance Dialogue di Apple TV 4K. Dengan pembelajaran mesin, audio vokal dalam kandungan di Apple TV akan dapat didengari dengan lebih leas walaupun dengan audio latar lain yang bising. Ciri ini boleh dinikmati menerusi HomePod atau speaker yang disambungkan kepada TV. Ia turut akan diberikan pada aplikasi di iPhone dan iPad.

Sari Kata Lebih Pintar

Sari kata kini lebih bijak. Ia akan muncul secara automatik mengikut bahasa pilihan pengguna apabila audio dibisukan. Ia juga akan dipaparkan secara automatik apabila audio yang dimainkan dalam kandungan tidak sama dengan bahasa lalai yang ditetapkan pada tvOS 18. Sari kata juga dipaparkan apabila melakukan carian babak tertentu dalam kandungan yang ditonton.

Lebih Banyak Imej Pelindung Skrin

Apabila Apple TV tidak digunakan, imej latar pelindung skrin (screensaver) akan muncul bagi mengelakkan berlakunya burn in pada TV OLED. Menersi tvOS 18, pilihan pelindung skrni ditambah lagi dengan imej bergerak yang diambil daripada kandungan Apple TV+ seperti Foundation dan Snoopy. Pemilik Apple TV juga boleh memaparkan gambar daripada Photos lengkap dengan kesan potret yang membezakan imej hadapan dengan elemen antaramuka seperti waktu

Sokongan Projektor 21:9

Akhirnya tvOS 18 menyokong projektor sudut lebar 21:9 secara natif. Tiada lagi palang hitam di atas dan di bawah apabila memaparkan pada nisbah sinematik ini.

Kesemua ciri-ciri yang diumumkan pagi ini boleh diuji oleh pembangun pada peringkat Beta. Versi akhr tvOS 18 akan diterima semua pengguna pada musim luruh akan datang.

Komen