Carian
Pratempahan Honor 200 Pro Kini Dibuka Dengan Deposit Serendah RM20 Sahaja
June 11, 2024 Amy Maizuraa

Setiap peranti Honor mempunyai fokus masing-masing bagi memenuhi keperluan keperluan dan citarasa pengguna. Samalah seperti Honor 200 Pro yang mempunyai konsep lebih moden bersama pelbagai ciri khusus yang menarik. Sebagai contoh, keupayaan ciri-ciri AI dalam pakej yang nipis dan ringan. Kemudian kolaborasi dengan Harcourt juga membolehkan pengguna merasai pengalaman fotografi potret berkualiti studio.

Berminat untuk menjadi antara yang terawal memiliki peranti ini? Pratempah sekarang dengan hanya meletakkan deposit serendah RM20 sahaja. Selain turut berpeluang mendapatkan hadiah percuma menarik bernilai RM1,377 selepas membuat pembayaran penuh. Ia termasukah rebat RM200 (termasuk deposit RM20), Honor Earbuds X6, jaminan gantian retak depan dan belakang 365 hari dan Honor SuperCharge Wireless Charger Stand. Perlu ditegaskan bahawa tawaran ini yang tersedia untuk versi pro sahaja sehingga 18 Jun 2024.

Harga jualan penuh bagaimanapun masih lagi dirahsiakan pada waktu ini. Pastinya hanya diketahui sewaktu pelancaran rasminya di Malaysia pada 19 Jun 2024 kelak. Sekiranya anda berminat melakukan pratempahan, sila pergi ke pautan rasmi di bawah.

Komen