Apple pada awal hari ini telah mengumumkan sejumlah pembaharuan yang disertakan bersama iOS 18 dan macOS Sequioa, dan salah satunya adalah integrasi model kecerdasan buatan ChatGPT dalam memudahkan pengguna dalam melakukan sejumlah tugasan. Selain ChatGPT, Apple kini turut memberi gambaran akan mengintegrasikan sejumlah model lain pada sistem operasi mereka.

Salah satu gambaran yang diberikan adalah integrasi Google Gemini pada masa akan datang. Berkongsi mengenainya, Apple menyatakan akan membolehkan pengguna memilih model yang mereka inginkan, dan menggunakannya terus pada peranti mereka. Namun, buat masa ini, Apple tiada sebarang maklumat lanjut untuk diumumkan.
Dengan langkah ini, kita mungkin melihat lebih banyak model AI akan diperkenalkan pada peringkat sistem operasi iOS atau macOS, dan memberi pengguna untuk menggunakan model yang mereka inginkan, mengikut kesesuaian dan juga keselesaan.