Carian
Kerajaan Sedang Membangunkan Chatbot WhatsApp Untuk Menangani Fitnah Digital – Fahmi Fadzil
June 11, 2024 Nazrin

Dalam usaha untuk menangani berita palsu dan juga fitnah digital di platform-platform atas talian, kerajaan Malaysia melalui Kementerian Komunikasi sedang dalam fasa akhir untuk membangunkan sebuah chatbot yang boleh dimanfaatkan untuk mengekang penularan berita palsu dan juga fitnah digital.

Chatbot ini, yang boleh digunakan melalui aplikasi permesejan WhatsApp akan hadir dengan sokongan untuk beberapa bahasa, termasuklah Bahasa Malaysia dan juga Bahasa Inggeris, dan akan hadir dengan sokongan bahasa lain kelak.

Laporan Bernama tidak mengatakan bagaimanakan chatbot ini akan berfungsi untuk membantu dalam mengekang isu berita palsu dan fitnah, tetapi ia juga mengatakan bahawa chatbot ini akan menggunakan teknologi “AI” untuk membantu dalam memberikan kepastian kepada berita yang dikongsi.

Fahmi Fadzil juga dijangka akan mengadakan perbincangan bersama-sama Meta berkenaan implementasi chatbot ini pada platform permesejan tersebut kelak. Buat masa ini, ia juga tidak diketahui lagi bilakah ciri ini akan diperkenalkan kepada pihak awam.

Komen