Siri Infinix Note 40 Racing Edition telah dijadualkan tiba di Malaysia pada 19 Jun 2024. Perkara tersebut dimaklumkan oleh Infinix menerusi kenyataan media rasmi yang dikongsi dengan harga jualan masih lagi dirahsiakan pada waktu ini. Kemudian peranti juga akan mengekalkan perkakasan dalaman yang sama seperti variasi sedia ada. Ini bermakna cip MediaTek Dimensity 7020, skrin AMOLED 120Hz dan pembesar suara stereo JBL boleh melengkapi peranti.
Satu-satunya perubahan hanya boleh dilihat pada kemasan yang menggunakan kaedah cetakan UV bersama tiga warna ikonik biru-hitam-merah BMW di bahagian belakang. Ia juga tampil premium melalui rona putih dan kelabu yang menyerlahkan lagi elemen mewah pada tata riasnya. Pun demikian seperti yang diperkatakan tadi pelancarannya telah dijadualkan pada minggu hadapan dengan butiran penuh yang sudah semestinya didedahkan bersama.