Carian
Aplikasi Maybank2u MY Tidak Lagi Boleh Dimuat-turun Selepas 30 Jun 2024
June 11, 2024 Amy Maizuraa

Maybank dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa mereka akan menamatkan semua kemaskini aplikasi Maybank2U MY bermula 30 Jun 2024. Sekaligus menjadikan ia tidak lagi boleh dimuat-turun daripada Apple App Store, Google Play Store dan Huawei AppGallery selepas tarikh berkenaan. Pun begitu, Maybank mengatakan aplikasi Maybank2U yang sudah sedia dipasang pada sebarang telefon pintar semasa masih boleh digunakan buat masa sekarang.

Maybank mengalakkan peralihan sepenuhnya kepada aplikasi MAE untuk memastikan pengalaman perbankan dalam talian yang sentiasa dipertingkatkan dan dikemaskini. Tambahan pula aplikasi MAE itu sendiri mempunyai setiap ciri yang ditawarkan dalam aplikasi Maybank2u MY. Malahan lebih lengkap dengan fungsi perbankan tambahan serta langkah keselamatan dipertingkatkan untuk terus melindungi urusan perbankan pengguna.

Selain Maybank, sebelum ini pihak CIMB juga telah mengumumkan tidak lagi akan menawarkan aplikasi CIMBClicks, dan meminta pengguna memuat-turun CIMB OCTO sebagai ganti.

Komen