Carian
Samsung Bespoke Jet Bot Combo Steam Dijual Di Malaysia Dengan Harga RM 8,299
June 11, 2024 Amy Maizuraa

Samsung secara rasminya memperkenalkan pembersih vakum baharu Bespoke Jet Bot Combo Steam di Malaysia. Produk ini direka sebaiknya dengan pelbagai fungsi menarik untuk memastikan pengalaman pembersihan yang menyeluruh. Diikuti juga padanan saiz dan berat yang menyenangkan pengguna sewaktu peranti digunakan.

Dari segi fungsi pembersih vakum ini menawarkan pelbagai proses pembersihan berkesan yang termasuk pengeringan automatik menggunakan wap panas bagi mengelakkan bau hapak. Seterusnya motor yang disediakan pula mampu menghasilkan kuasa sedutan ekstrem 210W untuk pembersihan mendalam sehingga 99.999% kotoran yang mampu ditapis. Terdapat juga dua tangki air yang dimuatkan dengan saiz 4 liter bagi menyimpan cecair pembersih, kemudian 3.6 liter lebih kecil untuk simpanan cecair kotor.

Dengan fungsi AI Floor Detect pula membolehkan robot vakum ini mengesan jenis lantai kemudiannya secara automatik menawarkan kuasa sedutan yang sesuai. Dalam masa sama boleh mengelak permukaan permaidani untuk pengalaman lebih lancar. Bateri yang disertakan boleh bertahan sehingga 300 minit lamanya dengan sekali pengecasan.

Bespoke Jet Bot Combo Steam dijual dengan harga RM8,299 sebuah. Ia bagaimanapun boleh dimiliki dengan harga promosi serendah RM5,499 sepanjang sesi pratempah yang berlangsung sehingga 24 Jun 2024. Ketersediaan adalah melalui pengedar sah Samsung di seluruh Malaysia.

Komen