Carian
ARM Dan Qualcomm Masih Bertelagah Di Mahkamah Kerana Isu Paten Teknologi
June 11, 2024 Nazrin

Dua tahun lalu, ARM telah memfailkan saman mahkamah terhadap Qualcomm kerana pengambil-alihan syarikat Nuvia, iaitu sebuah syarikat pembangun teknologi ARM yang bertanggungjawab untuk memperkenalkan siri cip pemprosesan Apple Silicon yang pertama, iaitu Apple M1.

Ini adalah kerana pengambilalihan Nuvia oleh Qualcomm memberikan Qualcomm sejumlah besar paten ARM yang tidak boleh dimanfaatkan oleh syarikat-syarikat lain yang juga menggunakan teknologi syarikat tersebut untuk membangunkan cip pemprosesan mereka tersendiri.

Qualcomm baru sahaja melancarkan cip pemprosesan komputer riba Snapdragon X Elite dan X Plus baru-baru ini sudahpun memulakan kerjasama bersama-sama Microsoft dan banyak syarikat pembuat komputer riba yang lain.

Ia dijangka bahawa komputer riba yang dikuasakan cip Snapdragon X dan juga Microsoft akan mengambil peratusan pasaran yang agak tinggi, dimana jumlah komputer riba yang dikuasakan Snapdragon X yang akan dijual adalah dalam angka berjuta-juta.

Malah, rekaan NPU Qualcomm untuk menguasakan AI CoPilot ciptaan Microsoft adalah dibangunkan menggunakan paten yang dimiliki Nuvia, dan Qualcomm dilihat satu-satunya syarikat pembuat cip ARM yang boleh menggunakan teknologi ini.

Sekiranya ARM memenangi kes mahkamah ini, mereka pastinya akan meminta untuk jenama-jenama ini menghentikan jualan komputer riba yang menggunakan teknologi yang mana Qualcomm memegang sejumlah besar paten ini.

Ia masih lagi tidak pasti, tetapi terdapat juga kebarangkalian bahawa ARM dan Qualcomm akan menyelesaikan isu hak milik paten ini di luar mahkamah untuk memastikan bahawa pelbagai pihak yang sudahpun mula mengilang siri komputer riba ini.

Komen