Carian
Microsoft Menamatkan GPT Builder, Dan Akan Buang Semua GPTs Yang Telah Dibangunkan
June 11, 2024 Aman

Microsoft hari ini membuat kejutan, dan mengumumkan akan menamatkan penawaran GPT Builder berkuat-kuasa 10 Julai 2024 kelak. Microsoft tidak memberikan sebab utama disebalik pembuangan ciri berkenaan, selain sekadar mengatakan ingin memfokuskan kepada pengalaman produk teras CoPilot sahaja.

Sebelum ini, ciri GPT Builder telah diperkenalkan dalam memudahkan orang ramai menghasilkan GPTs atau chatbot khusus dibawah CoPilot, dengan ciri-ciri khusus. Ini sekaligus membawa kepada penciptaan beberapa chatbot yang membolehkan pengguna menjalankan fungsi khusus yang dioptimasikan.

Selari penamatan GPT Builder ini, Microsoft turut mengatakan akan membuang semua GPTs yang dihasilkan – termasuk data berkaitan. Proses menyeluruh penamatan dan pembuangan ini akan diselesaikan sebelum 14 Julai 2024 kelak.

Komen