Carian
Apple ID Dijenamakan Semula Menjadi Apple Account
June 12, 2024 Effi Saharudin

Dengan pengumuman iOS 18, iPadOS 18, macOS Sequoia, dan watchOS 11 semalam, tiba masanya mengucapkan selamat tinggal kepada Apple ID. Apabila kesemua sistem operasi ini dilancarkan kepada umum pada musim luruh nanti, Apple ID akan secara rasmi dijenamakan semula menjadi Apple Account.

Apple ID telah digunakan sejak lebih dua dekad yang lalu. Menurut Apple penjenamaan kepada Apple Account dilakukan bagi “memberikan pengalaman log masuk yang konsisten merentas perkhidmatan dan peranti Apple”. Selepas ini jangan ada pula pengguna yang keliru apabila cuba mengaktifkan peranti baharu dan tidak tahu apakan Apple Account mereka.

Komen