Carian
Vaksin Deman Denggi Kini Ditawarkan Di Malaysia
June 12, 2024 Effi Saharudin

Kes deman denggi di Malaysia meningkat 66% pada Q1 2024 berbanding suku yang sama tahun lalu yang turut mencatatkan peningkatan kematian. Oleh sebab ini vaksin pertama menentang demam denggi telah dilancarkan di Malaysia semalam.

Vaksin Qdenga yang dikeluarkan oleh firma farmaseutikal Takeda dari Jepun kini boleh ditawarkan di klinik dan hospital di Malaysia selepas mendapat kelulusan daripada Pihak Berkuasa Kawalan Dadah negara. Ia memerlukan dua dos yang diambil selang tiga bulan dengan ia boleh diberikan kepada individu berusia empat tahun ke atas. Pada ketika harga untuk dos lengkap Qdenga masih belum diumumkan kerana tertakluk kepada klinik dan hospital yang ingin menawarkannya.

Dalam ujian klinikal yang dilakukan oleh Takeda, vaksin berjaya mengelakkan kes denggi simptomatik sehingga 80.2% pada pesakit 12 bulan selepas menerima dos lengkap. Selepas empat tahun tahap keberkesanannya pula masih di tahap 84.1%. Malaysia ialah salah satu daripada lebih 30 negara yang membenarkan penggunaan vaksin Qdenga bagi memerangi demam denggi.

Komen