Carian
YouTube Akan Mengintegrasikan Google Lens Pada Aplikasi Android
June 12, 2024 Fahim Zahar

YouTube tidak berhenti menambah ciri dan fungsi baharu menarik pada aplikasi mereka tidak kira untuk platform iOS atau Android. Selepas menyertakan ciri carian lagu dengan mendengungkan irama pada aplikasi Android, terbaru mereka menguji mengintegrasikan Google Lens pula.

Pada bar carian aplikasi YouTube kini terdapat ikon Google Lens. Jika ditekan, Google Lens akan menggunakan teknologi melihat dan membaca bagi mengenalpasti objek dan teks untuk ia dicari terus di YouTube. Ciri ini turut membenarkan pengguna meneruskan carian menggunakan enjin carian Google tanpa perlu keluar dari YouTube.

Ciri ini masih dalam peringkat ujian dan hanya pengguna bertuah sahaja dapat mengujinya. Agak menarik untuk melihat Google mengembangkan penggunaan Google Lens memberi pengguna pelbagai alternatif untuk mencari sesuatu.

Komen