Dengan pelbagai pihak hadir dengan ciri-ciri dikuasakan kecerdasan buatan, kini Yahoo Mail turut tidak ketinggalan dan mengumumkan pengenalan ciri baharu dalam merumuskan emel-emel penting untuk memudahkan para pembaca.

Melalui kemaskini baharu ini, Yahoo Mail akan menambah tab baharu pada bahagian inbox dinamakan “Priority”. Tab ini akan dilengkapi dengan sokongan kecerdasan buatan, dan memperlihatkan pelbagai mesej utama, termasuk rumusan dan ringkasan untuk kandungan emel berkenaan.

Rumusan emel akan dipaparkan pada bahagian atas, dan diikuti kandungan emel penuh dibahagian bawah. Sokongan AI juga turut akan menjana bentuk jawapan balasan emel berkenaan. Ini sekaligus akan memudahkan pengguna dalam membalas emel tersebut serta-merta.
Kemaskini baharu ini mula diperkenalkan secara berperingkat kepada pengguna Yahoo Mail di desktop bermula hari ini.