Carian
Google Memberi Peringatan Jika Fail Google Drive Tidak Dibuka Selepas Seminggu Diterima
June 12, 2024 Fahim Zahar

Sejak kebelakangan ini saya amat mementingkan notifikasi yang keluar di telefon pintar. Kerana kerap sibuk saya banyak terlepas mesej, emel dan pemberitahuan aplikasi mengenai kandungan menarik. Oleh yang demikian ciri seperti Scheduled Summary pada iOS dan Notification History pada Android amat berguna. Jika anda seperti saya pentingkan notifikasi, Google Drive adalah storan awan wajib anda gunakan.

Ini kerana, bermula 10 Jun Google akan mengedarkan ciri baharu di mana mereka akan menghantar emel peringatan kepada pengguna jika fail dalam Google Drive tidak dibuka atau dilihat dalam masa tujuh hari. Untuk menerima emel peringatan ini, ia hanya akan berlaku jika anda tidak membuka atau melihat fail Google Drive yang dikongsi sama ada melalui pautan atau jemputan. Emel ini akan mempunyai pautan ke Google Drive serta butiran penghantar.

Komen