Carian
Huawei MateBook 14 (2024) Bakal Tiba Di Malaysia Tidak Lama Lagi
June 12, 2024 Amy Maizuraa

Huawei MateBook 14 (2024) akan dilancarkan di Malaysia pada 18 Jun 2024. Komputer riba ini menjadi penggan kepada model 2023 dengan banyak peningkatan menarik. Misalnya seperti skrin OLED lebih terang, cip Intel Core Ultra, bateri besar dan selesa digunakan sebaiknya.

Komputer riba ini dilengkapi skrin 14.2″ OLED 2.8K dengan sokongan sesentuh. Ini dipadankan pula dengan pilihan cip sehingga Intel Core Ultra 7, GPU Intel Arc Graphics, memori 16GB RAM, storan dalaman 1TB SSD dan bateri 70Wh yang menyokong pengecasan pantas 65W. Terdapat juga ciri berasaskan AI disediakan yang termasuk AI Camera dan AI Sound dengan kedua-duanya mampu mengurangkan hingar kerika sesi telesidang. Kemasan tubuh juga cantik dengan ia kelihatan elegan dan mewah dalam masa yang sama. Pilihan I/O juga dianggap memadai yang terdiri dengan port USB-C, USB-A, bicu audio 3.5mm dan HDMI.

Berminat untuk menjadi antara yang terawal memiliki komputer riba ini? Ia boleh dilakukan sekarang dengan meletakkan deposit RM60 dan berpeluang menerima hadiah bernilai sehingga RM1,614. Tawaran tersedia sehingga 17 Jun 2024 melalui lawan web rasmi Huawei namun harga jualan penuh masih lagi dirahsiakan pada waktu ini.

Komen