Carian
Oppo Mengesahkan Pengenalan Siri Reno12 Di Malaysia
June 12, 2024 Rihhadatul Aisy

Oppo dilihat mengesahkan pengenalan siri Reno12 di Malaysia dengan tarikh pelancaran masih dirahsiakan pada waktu ini. Sebanyak dua model akan diumumkan iaitu Reno12 dan Reno12 Pro bersama fokus utama telah didedahkan di laman pengiklanan rasmi. Ia termasuk idea moden pada kemasan, keupayaan mod potret berkuasa AI dan kapasiti bateri besar 5,000mAh.

Bagi yang berminat, pratempah boleh dibuat sehingga 7 Julai 2024 dengan meletakkan deposit sebanyak RM50. Selain turut berpeluang mendapat hadiah menarik termasuk baucar rebat bernilai RM100 dan lain-lain yang belum diperincikan lagi. Harga jualan penuh juga masih dirahsiakan yang sudah semestinya didedahkan pada pelancaran rasminya kelak.

Komen