Carian
Pas CelcomDigi SpeedStream Diperkenalkan Untuk Para Pelanggan Prabayar 5G
June 12, 2024 Nazrin

Untuk para pelanggan prabayar perkhidmatan telekomunikasi CelcomDigi, syarikat tersebut telah memperkenalkan pas tambahan baru yang dinamakan CelcomDigi SpeedStream yang membolehkan pelanggan untuk melanggan perkhidmatan penstriman video tertentu pada harga yang lebih menarik.

Khusus untuk para pelanggan CelcomDigi Prepaid 5G Biru dan Kuning, pelan tambahan SpeedStream membolehkan anda untuk melanggan perkhidmatan penstriman video kegemaran anda seperti Disney+ Hotstar, Viu ataupun iQiYi, disamping memberikan anda data 5G dan 4G tambahan (65GB sebulan), data tambatan Hotspot sebanyak 15GB dan juga panggilan tanpa had ke semua nombor selama sebulan.

Harga langganan SpeedStream ini juga adalah bergantung kepada perkhidmatan penstriman yang anda mahu langgani. Untuk pelan dengan Disney+ Hotstar, ia berharga RM59, langganan iQiYi sebanyak RM47, manakala langganan dengan Viu adalah bernilai RM44.

Untuk para pelanggan prabayar CelcomDigi yang lain seperti Celcom XPax dan Digi Prepaid sebelum ini, mereka perlu langgani pelan CelcomDigi Prepaid 5G Biru ataupun Kuning sebelum mereka boleh membeli pas ini.

Ia kemudiannya boleh diakses melalui aplikasi Celcom Life dan MyDigi pada pelbagai platform mudah-alih untuk mengakses pas ini.

Jika anda berminat untuk mengetahui butiran lebih lanjut, anda boleh layari laman web CelcomDigi SpeedStream.

Komen