Carian
Nikon Mengacah Kehadiran Kamera Baharu Z6 III Pada 17 Jun 2024
June 12, 2024 Amy Maizuraa

Nikon akan mengumumkan kamera baharu Z6 III pada 17 Jun 2024. Imej dan video promosi rasmi juga telah dikongsi namun tiada pula spesifikasi yang diperincikan pada waktu ini. Ia sekadar memberi bayangan bahawa Z6 III boleh dilengkapi fungsi Pre-Capture baharu yang boleh menangkap imej sebelum butang shutter ditekan sepenuhnya.

Ia berguna untuk menangkap imej dengan subjek yang bergerak pantas tepat pada waktunya. Namun jenis format yang disokong masih menjadi persoalan yang belum terjawab. Selain itu viewfinder pada kamera juga dikatakan bertambah baik dengan saiz lebih padat dan julat dinamik lebih daripada memadai.

Turut kedengaran yang mana kamera ini kelak turut dipadankan dengan spesifikasi lain yang mengagumkan. Khususnya pada kebolehan bideo yang sekurang-kurangnya keupayaan merakam dengan hasil yang berkualiti tinggi. Untuk lebih lanjut nantikan pelancaran rasminya kelak yang turut akan mendedahkan harga jualan rasmi.

Komen