Carian
Proton e.MAS – Jenama Kereta Proton Memfokuskan Kenderaan Elektrik
June 12, 2024 Ikhwan Nazri

Proton merupakan pengeluar kenderaan pertama di Malaysia, dan hari ini secara rasminya mengumumkan fasa seterusnya dalam pembangunan kenderaan, iaitu memfokuskan kepada kenderaan elektrik. Selari dengannya, Proton memperkenalkan jenama baharu yang akan memfokuskan kepada kenderaan elektrik, dinamakan Proton e.MAS.

Buat masa ini, tiada sebarang model kenderaan baharu dibawah Proton e.MAS yang diumumkan. Selari dengan pengumuman jenama baharu ini, Proton turut berkongsi beberapa perancangan mereka dalam arena kenderaan elektrik.

Antaranya adalah bekerjasama dengan sejumlah penyedia perkhidmatan pengecasan untuk memasang stesen pengecas di pelbagai cawangan Proton seluruh negara. Pada masa yang sama, Proton menyasarkan sekitar 20 cawangan akan dipilih untuk peringkat awal bagi menguruskan kenderaan elektrik mereka.

Disamping itu, Proton juga kelak akan memperkenalkan sebuah aplikasi khusus untuk pengurusan kenderaan elektrik, lebih kurang seperti yang ditawarkan untuk kenderaan Smart.

Dengan perkembangan ini, sama-sama kita nantikan kenderaan pertama dibawah Proton e.MAS ini.

Komen