Carian
Kenderaan Elektrik Pertama Proton eMAS Akan Dilancar Disember 2024 Ini
June 12, 2024 Aman

Pada hari ini, Proton telah pun memperkenalkan secara rasminya jenama untuk kenderaan elektrik mereka, dipanggil Proton e.MAS. Selari dengan pengumuman berkenaan, Proton turut berkongsi menyatakan akan melancarkan Proton e.MAS EV pertama pada Disember tahun ini.

Ini sekaligus mungkin memposisikan Proton sebagai pengeluar kereta elektrik pertama di Malaysia. Sebelum memperkenalkan kereta pertama berkenaan, Proton dijangka melakukan beberapa pengumuman dalam membina pengiktirafan jenama dan promosi dalam membawa kepada pengenalan kenderaan elektrik berkenaan.

Antara perkara yang dijangka akan dikongsikan adalah termasuk berkaitan kerjasama dengan penyedia perkhidmatan stesen pengecasan, dan turut memperkenalkan sebuah aplikasi khusus untuk pengguna Proton e.MAS.

Dengan perkongsian terbaru ini, sama-sama kita nantikan pelancaran Proton e.MAS EV pertama pada penghujung 2024 ini.

Komen