Strategi realme sejak kebelakangan ini agak aneh kerana melancarkan banyak telefon pintar kelas asas dengan harga lebih kurang sama di antara setiap model. Mereka juga dilihat pantas tahun ini dengan akan datang realme Note 60 pula akan dilancarkan di Malaysia selepas hanya dua bulan lepas Note 50 dijual.

Tiada informasi yang ditemui mengenai realme Note 60. Note 50 menggunakan spesifikasi mirip C51, jadi mungkin Note 60 akan menggunakan salah satu model di bawah siri realme C? Di SIRIM, realme Note 60 disenaraikan dengan nombor model RMX3933 iaitu nombor yang sama untuk realme 9 Pro+ dan Narzo N55. Peranti ini juga baru melepasi SIRIM semalam, 12 Jun jadi ia mungkin hanya akan diperkenalkan dalam masa beberapa bulan lagi. Sama-sama kita nantikan.