Xiaomi 14 Civi telah dilancarkan dengan penekanan terhadap sistem kamera berkualiti tinggi. Xiaomi turut menggunakan kombinasi menarik dengan sistem Leica disertakan bersama untuk hasil lebih menonjol. Rekaan moden, tapi minimalis tetap menjadi pilihan Xiaomi kerana mahu dijadikan pilihan sesuai untuk semua pengguna.

Berkongsi lebih mendalam Xiaomi Civi 14 dilengkapi skrin hadapan Quad Curved AMOLED 1.5K sebesar 6.55-inci dengan kadar segar semula 120Hz. Ia juga menawarkan kecerahan puncak 3000nits dengan sokongan gamut warna 100% DCI-P3 dan pensijilan HDR10+. Tunjang utama pula menggabungkan padanan cip Snapdragon 8s Gen 3, memori sehingga 12GB RAM LPDDR5X dan storan 512GB UFS 4.0.

Peranti juga digunakan dilengkapi kanta Leica Vario-Summilux bersama persediaan tri-kamera. Pertama ialah 50MP utama yang menggunakan sensor imej Light Hunter 800 bersama OIS. Diikuti pula 50MP telefoto dengan OIS dan kemampuan zum optikal 2.0X. Terdapat juga ultra lebar 12MP dengan bukaan aperature f/2.2.

Kamera ini juga boleh merakaman video maksimum 4K/30fps, di samping beberapa mod terbina seperti Movie Mode, HDR Video Recording, Xiaomi ProFocus (Motion tracking focus), Ultra Night Video, Dual Video dan lain-lain. Dwi-kamera swafoto 32MP juga diberikan dengan kebolehan rakaman maksimum 4K.

Lain-lain spesifikasi termasuk bateri 4,700mAh dengan pengecasan 67W, pengimbas cap jari di skrin, pembesar suara stereo Dolby Atmos dan pemancar infra merah. Xiaomi 14 CIVI dijual pada harga permulaan Rs 42,999 (~RM2,420) (8/256GB) dan Rs 47,999 (~RM2,701) (12/512GB).