Carian
Nubia Music Dijual Di Malaysia Dengan Harga RM389
June 13, 2024 Amy Maizuraa

Nubia Music diumumkan secara rasmi di Malaysia dengan spesifikasi asas melalui penggunaan cip Unisoc. Selain turut memuatkan kapasiti bateri besar untuk ketahanan lebih lama. Anda yang berminat boleh mendapatkannya dengan harga RM389 melalui pengedar sah Nubia di seluruh Malaysia sekarang.

Untuk spesifikasi Nubia Music menggunakan skrin LCD HD+ sebesar 6.6″ dengan kadar segar semula 90Hz. Ia juga dijana oleh cip pemprosesan lapan teras, memori 4GB RAM (+4GB Dynamic RAM) dan storan dalaman 128GB. Sungguhpun tidak mendedahkan cip secara khusus, tetapi ia dikatakan sepadan dengan Unisoc SC9863A.

Terdapat juga kamera utama 50M AF + AI Camera dan swafoto sebesar 5MP disertakan. Bateri 5000mAh digunakan boleh dicas semula melalui port USB-C. Menariknya juga apabila pembesar suara pada peranti menggunakan algoritma AI yang membolehkan tahap audio ditingkatkan mencapai tahap 600%. Selain mempunyai dua bicu audio 3.5mm terbina yang membolehkan pengguna berkongsi pengalaman audio bersama rakan lain menggunakan peranti yang sama.

Komen