Carian
TikTok Shop Kini Menyokong Carian Berasaskan Imej
June 13, 2024 Fahim Zahar

Kali pertama saya melihat aplikasi e-dagang menawarkan ciri carian imej adalah pada Taobao. Ciri ini kemudian turut diintegrasikan oleh Shopee dan Lazada di mana pengguna boleh mencari sesuatu di laman e-dagang menggunakan kamera. Terbaru, ciri ini diperkenalkan pada TikTok Shop pula.

Terdapat ikon kamera muncul pada bar carian TikTok Shop. Apabila ditekan, kamera boleh mengambil gambar apa-apa objek untuk sistem mengenalpasti barang yang sama atau lebih kurang sama yang boleh dibeli dalam TikTok Shop. Ciri lebih kurang sama ini turut boleh ditemui pada Google Lens.

Dalam cubaan saya, hasil carian yang terpapar agak pantas. TikTok turut mengeluarkan tetingkap kecil dengan kategori Terpadan, Terlaris dan Harga (susun). Ciri ini dilihat telah tersedia di Malaysia pada aplikasi TikTok untuk Android dan iOS tetapi dikatakan masih tidak ditawarkan di semua negara lagi.

Komen