Carian
Mozilla Hadir Dengan Solo – Memudahkan Anda Bina Laman Web Menggunakan AI
June 13, 2024 Aman

Mozilla mempunyai beberapa penawaran menarik, dan terbaru adalah Solo. Solo merupakan penawaran berasaskan kecerdasan buatan oleh Mozilla, yang membolehkan sesiapa sahaja membina laman web tanpa perlu mengetahui untuk menulis kod atau mengaturcara.

Menggunakan Solo, anda boleh menjana laman web dengan hanya memberikan maklumat seperti nama perniagaan, laman web sedia ada, dan apakah fokus laman web berkenaan. Seterusnya, pengguna boleh memilih jenis tulisan, warna dan sebagainya.

Selepas itu, Solo akan menjana laman web berkenaan secara automatik, menggunakan pelbagai gambar dan juga pilihan tema. Pengguna seterusnya boleh melakukan sebarang perubahan yang diperlukan.

Solo ini ditawarkan secara percuma, dan pengguna juga boleh terbitkan ia terus – sama ada menggunakan alamat janaan di Solo, atau menghubungkan domain sedia ada terus ke laman yang dihasilkan. Buat masa ini, Solo mengehadkan untuk menghasilkan 3 laman web bagi setiap akaun.

Bagi anda yang inginkan platform untuk terbitkan laman web ringkas, anda boleh mencuba Mozilla Solo, dan menghasilkan laman web anda dalam hanya beberapa minit sahaja.

Komen