Carian
Google Lookup Adalah Ciri Mencari Nombor Telefon Dari Pemanggil Tidak Dikenali
June 13, 2024 Fahim Zahar

Google hari ini telah mengedarkan kemas kini Feature Drop baharu kepada pengguna Pixel. Kemas kini ini menambah ciri Lookup untuk mencari nombor telefon dari pemanggil yang tidak dikenali. Ciri ini terus terbina pada aplikasi Google Phone.

Pada aplikasi ini di bahagian panggilan terkini, setiap sejarah panggilan telefon akan dipaparkan. Untuk panggilan yang diterima, di bawah nombor kini terdapat ikon orang dengan kanta pembesar diberi nama Lookup. Selepas ditekan, nombor telefon tadi akan terus dicari dalam enjin carian Google tanpa pengguna perlu salin dan tampal ke aplikasi lain atau menggunakan aplikasi pihak ketiga.

Memandangkan kebanyakan peranti Android telah mula menggunakan aplikasi Google Phone untuk panggilan telefon, tidak pasti jika ciri ini akan dikembangkan kepada semua peranti Android atau akan kekal menjadi eksklusif untuk peranti Pixel Fold dan Pixel 6 ke atas sahaja. Apa kata anda dengan ciri baharu ini?

Komen