Japan Meluluskan Undang-Undang Yang Memerlukan Apple Dan Google Benarkan Kedai Aplikasi Alternatif
Aman
Sebelum ini, kita sedia melihat Kesatuan Eropah melakukan perubahan pada undang-undang, sekaligus memerlukan penyedia platform seperti Apple dan Google untuk membenarkan kedai aplikasi pihak ketiga untuk menawarkan perkhidmatan bagi platform masing-masing. Selain Kesatuan Eropah, kini Jepun juga turut meluluskan perundangan yang lebih kurang sama.
Dengan langkah ini, Apple dan Google perlu membenarkan pengenalan kedai aplikasi pihak ketiga dibawah platform masing-masing dalam pengedaran aplikasi, selain menjual kandungan digital.
Disamping itu, perundangan baharu di Jepun ini juga memerlukan penyedia platform tidak mengutamakan perkhidmatan masing-masing sahaja di keputusan carian, dan perlu adil kepada penyedia yang lain.
Jepun akan mengenakan denda sebanyak 20% daripada pendapatan setempat bagi platform berkenaan sekiranya melanggar perundangan baharu ini. Jepun akan menguatkuasa perundangan baharu ini pada penghujung 2025 kelak.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.