Carian
Samsung Memperkenalkan Jam Tangan Pintar Dibawah Keluarga FE – Galaxy Watch FE
June 13, 2024 Aman

Samsung hari ini membuat kejutan, dan memperkenalkan jam tangan pintar dibawah siri FE, dinamakan Galaxy Watch FE. Seperti penawaran FE sebelum ini, Samsung memposisikan jam tangan Galaxy Watch FE ini pada harga lebih rendah berbanding penawaran model Galaxy Watch yang lain.

Galaxy Watch FE ini hadir dengan saiz 40mm, dilengkapi skrin bersaiz 1.2-inci OLED, storan 16GB, dan menjalankan sistem operasi Wear OS. Ia turut hadir dengan sokongan kalis air IP68, serta turut boleh digunakan ketika menyelam sehingga 5ATM. Sokongan pintar untuk kecergasan dan bersenam, disamping menjejak kadar degupan jantung turut disertakan melalui jam tangan pintar ini. Pengguna turut boleh menganalisa corak tidur ketika memakainya.

Jam tangan pintar ini turut hadir dengan sokongan untuk mengawal kamera pada telefon melalui Camera Controller, disamping membuat pembayaran mudah melalui Samsung Wallet. Ini sekaligus membuatkan pengguna boleh menikmati ekosistem penuh Samsung melalui penggunan Galaxy Watch FE bersama telefon pintar Samsung.

Buat masa ini, harga jualan tempatan dan penawaran di Malaysia masih belum diumumkan lagi. Kita mungkin mendengar lanjut berkaitan dengannya tidak lama lagi.

Komen