Carian
Yahoo Perkenal Aplikasi Yahoo News Baharu Yang Diintegrasikan Bersama Teknologi Artifact
June 13, 2024 Aman

Beberapa bulan lepas, Yahoo telah mengumumkan pengambil-alihan aplikasi membaca berita dikuasakan kecerdasan buatan, dinamakan Artifact. Kini, Yahoo telah pun mengintegrasikan sebahagian pengalaman dan teknologi Artifact pada Yahoo News, sekaligus memberikan pengalaman membaca yang lebih diperibadikan bagi setiap pengguna.

Selain memberikan pengalaman dan latar berita yang diperibadikan untuk setiap pengguna, Yahoo News baharu juga hadir dengan rumusan perkara penting daripada sesuatu berita utama melalui sokongan kecerdasan buatan, selain kebolehan mengenal-pasti tajuk-tajuk “clickbait”.

Walaupun evolusi Yahoo News agak menarik, namun agak mendukacitakan adalah aplikasi Yahoo News ini hanya ditawarkan untuk pengguna di Amerika Syarikat sahaja buat masa ini.

Komen