Carian
Pemegang Saham Tesla Bersetuju Beri Elon Musk $56 Bilion
June 14, 2024 Effi Saharudin

Nilai kekayaan peribadi Elon Musk akan meningkat 25% lagi selepas pemegang saham Tesla bersetuju untuk memberikan bayaran ganjaran $56 bilion kepada beliau. Musk yang pada ketika ini manusia terkaya dunia mempunyai kekayaan bernilai lebih $200 bilion dinafikan ganjaran ini oleh hakim di Delaware pada Februari lalu kerana ditentang oleh pemegang saham.

Undian untuk meneruskan pembayaran kepada Musk dan memindahkan syarikat dari Delaware ke Texas dilakukan pada 12 Jun lalu. Pemegang saham juga bersetuju untuk memindahkan syarikat ke Texas. Walaupun pemegang saham bersetuju memberikan pampasan terbesar kepada CEO dalam sejarah dunia, ia tidak bermakna Musk akan menerimanya. Ini kerana kes masih dibicarakan di Delaware selepas Musk melakukan rayuan kepada keputusan asal mahkamah.

Dalam persetujuan asal, Tesla berjanji memberikan ganjaran $56 bilion kepada Musk jika memenuhi sasaran jualan dan meningkat nilai pasaran syarikat. Tetapi beberapa pemegang saham mendakwa ganjaran yang diterima Musk ini terlalu melampau dan lebih baik dilaburkan semula kepada syarikat yang sudah kehilangan status sebagai pengeluar EV nombor satu kepada BYD. Golongan yang ingin menafikan ganjaran juga mengatakan Musk kini hilang focus kepada Tesla kerana memberikan tumpuan lebih kepada X/Twitter dan xAI.

Komen