Carian
Perkhidmatan Ubat Melalui Pos Kini Menyokong Pembayaran Atas Talian Pos Malaysia
June 14, 2024 Effi Saharudin

Sistem pembayaran menerusi Pos Malaysia kini disokong dalam perkhidmatan Ubat Melalui Pos (UMP) dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan juga Kiplepay. Dengan pengenalan sistem pembayaran aras talian ini, ia akan memperbaiki dan meningkatkan kemudahan sistem kesihatan bagi rakyat Malaysia, terutamanya bagi mereka yang mempunyai keupayaan terhad untuk mengunjungi fasiliti kesihatan.

Perkhidmatan UMP telahpun beroperasi sejak 2011 bagi memastikan pesakit menerima ubat yang ditetapkan terus di rumah sekaligus memudahkan pematuhan kepada pengambilan ubat-ubatan yang ditetapkan. Ciri pembayaran atas talian yang diperkenalkan baru-baru ini, yang diintegrasikan melalui
gerbang pembayaran Pos Malaysia ke dalam aplikasi MyUBAT KKM, membolehkan pesakit membuat pembayaran yang selamat dan mudah dari mana-mana sahaja.

Ia menyokong pelbagai kaedah pembayaran, termasuk kad kredit dan debit serta perbankan dalam talian. Menurut Pos Malaysia bagi tempoh Julai-Disember 2023, mereka telah menghantar lebih daripada 348,501 bungkusan preskripsi UMP kepada pesakit menunjukkan peranannya yang
penting dalam menyokong inisiatif sistem kesihatan KKM.

Komen