Carian
Arab Saudi Bereksperimen Dengan Teksi-Terbang Swapandu Selari Musim Haji Di Mekah
June 14, 2024 Aman

Arab Saudi kini berjaya melakukan eksperimen dan ujian rintis untuk penerbangan teksi-terbang swapandu di Mekah, selari musim haji 2024. Ujian penerbangan ini dilakukan bersama-sama pembangun teksi-terbang, iaitu EHang. Model spesifik EH216-S eVTOL digunakan untuk eksperimen ini di Arab Saudi.

Ujian Teksi Terbang di Arab Saudi (Xinhua)

Ujian ini dilakukan dalam mengenal-pasti penggunaan dan keselesaan teksi-terbang ketika musim Haji, sekaligus memudahkan lagi pergerakkan para jemaah. Teksi-terbang berkenaan boleh membawa sehingga dua orang penumpang untuk jarak perjalanan mencapai 40 kilometer. Melalui eksperimen yang dijalankan, ia membawa jemaah antara Mina, Muzdalifah dan juga Arafat.

Ujian Teksi Terbang di Arab Saudi (Xinhua)

Selain eksperimen membawa jemaah, teksi-terbang ini buat peringkat awal ini akan digunakan untuk perkhidmatan kecemasan, disamping untuk menghantar barangan atau perubatan untuk para jemaah terlebih dahulu.

Sebelum ini juga, kerajaan Arab Saudi pernah menyatakan hasrat untuk mendapatkan lebih 100 teksi-terbang yang boleh membawa para jemaah dari lapangan terbang di Jeddah terus ke hotel di Mekah.

Komen