Carian
Gempa Bumi Boleh Diramalkan 19 Hari Sebelum Berlaku Menggunakan Sensor Satelit
June 14, 2024 Effi Saharudin

Gempa bumi ialah bencana alam yang tidak boleh diramalkan tidak seperti ribut. Terdapat beberapa kajian sedang dilakukan saintis seluruh dunia untuk mencari petanda awal gempa akan melanda bagi menyelamatkan ribuan nyawa. Kini menurut kajian Profesor Mehdi Akhoondzadeh dari University Tehran, gempa bumi mungkin boleh diramalkan sehingga 19 hari sebelum ia berlaku menggunakan data yang dikumpul oleh satelit.

Beliau mengkaji anomali komposisi kimia di udara yang berlaku sebelum gempa bumi yang berlalu di Turkiye pada 6 February 2023. Anomali dikesan pada lapisan litosfera bumi antara 19-10 hari sebelum gempa melanda. Perubahan dikesan pada wap air, gas metana, ozon, karbon dioksida dan Kedalaman Optik Aerosol (AOD) di udara.

Kemudian anomali yang sama dikesan pada lapisan atmosfera 10-5 hari sebelum gempa melanda. Seterunya anomali dikesan pula pada lapisan ionosfera yang terletak lebih 48 km daripada paras laut 5-1 hari sebelum gempa melanda. Oleh itu Profesor Akhoondzadeh berkata kewujudan anomali-anomali ini boleh dijadikan asas untuk mewujudkan sistem ramalan gempa di masa hadapan.

Beliau menggunakan data atmosfera yang diambil oleh satelit CSES-01 milik China dan Agensi Angkasa Europah dalam kajian beliau. Sungguhpun begitu Profesor Akhoondzadeh mengatakan data daripada gempa bumi lain perlu dilakukan bagi melihat sama ada anomali yang sama turut boleh dikesan. Kertas kajian diterbitkan di Journal of Applied Geodesy.

Komen