Carian
YouTube Music Kini Boleh Digunakan Pada Jam-Jam Garmin
June 14, 2024 Fahim Zahar

Garmin adalah jam tangan pintar yang baik untuk mereka yang aktif dengan aktiviti sukan lasak atau yang aktif bersenam. Mereka turut mula menawarkan pelbagai pilihan untuk kegunaan harian dan jam-jam mereka turut adalah jam tangan pintar sebenar kerana menawarkan banyak ciri dan fungsi mirip Wear OS dan watchOS termasuk gedung aplikasi tersendiri. Terbaru, Garmin mula membawakan sokongan YouTube Music kepada jam mereka.

Menurut Garmin, pengguna hanya perlu muat turun YouTube Music melalui Connect IQ Store yang disokong pada lebih 25 jenis jam mereka. Sokongan ke jam lain turut akan diberikan dalam kemas kini seterusnya. Seperti Wear OS, pengguna Garmin turut memerlukan langganan YouTube Premium atau YouTube Music Premium untuk menggunakan aplikasi ini. Ciri dan fungsi diberikan adalah lebih kurang sama dengan YouTube Music pada jam tangan pintar lain.

Komen