Carian
Anda Kelak Boleh Bayar Menggunakan Apple Pay Dengan Imbas Kod QR Pada Chrome
June 14, 2024 Fahim Zahar

Apple Pay adalah kaedah pembayaran menggunakan Apple Wallet. Di Malaysia beberapa bank sedia menawarkan ciri ini dan membenarkan pengguna membayar pada terminal bayaran menggunakan iPhone atau Apple Watch. Aplikasi e-dagang seperti Shopee pula ada menawarkan pembayaran dengan Apple Pay dari dalam aplikasi. Akan datang, Apple ingin memudahkan dan menggalakkan orang ramai menggunakan Apple Pay melalui kod QR pula.

Sokongan ini terhad kepada pelayar web terpilih sahaja. Ini bermakna, Apple Pay tidak lagi terhad kepada Safari di macOS kerana Firefox dan Google Chrome pada Windows akan menyokong pembayaran Apple Pay dengan imbasan kod QR. Laman-laman web kini boleh mengintegrasikan butang “Apple Pay” seperti dalam aplikasi Shopee, apabila ditekan ia akan menjana kod QR seakan melalukan pembayaran dengan DuitNow.

Imbas dengan iPhone pembayaran akan selesai dan wang akan ditolak melalui kad-kad yang disimpan dalam Apple Wallet. Sokongan ini dikatakan akan diberikan kepada pengguna iOS 18 selepas ia menjadi stabil. Sama-sama kita nantikan.

Komen