Carian
Spotify Kini Mempunyai Agensi Pemasaran Untuk Iklan Podsiar Menggunakan Suara AI
June 14, 2024 Fahim Zahar

Spotify tidak ketinggalan dalam menawarkan ciri AI generatif seperti menjana senarai main dan banyak lagi. Terbaru, mereka telah mengumumkan agensi pemasaran tersendiri untuk menguruskan iklan dalam podsiar. Keunikan pada agensi ini adalah, mereka akan menggunakan hos yang dijana AI untuk membaca skrip iklan dalam podsiar.

Agensi ini diberi nama sebagai Creative Labs dan akan menarik pelbagai syarikat membayar mereka untuk menguruskan pelbagai jenis iklan. Ciri Quick Audio turut akan ditambah dalam Spotify Ads Managers untuk klien mereka menjana skrip dan suara menggunakan kecerdasan buatan generatif. Agensi ini turut boleh menghasilkan pelbagai iklan dalam bentuk video dan audio, pengalaman dari dalam aplikasi atau juga format interaktif lain.

Akan datang jangan terkejut kalau anda ada dengar iklan dalam Spotify yang aneh atau janggal. Untuk mengelakkan masalah ini, anda harus melanggan pelan Premium yang bebas daripada iklan.

Komen