Carian
Testflight Untuk Menguji Aplikasi Beta iOS Akan Menerima Antaramuka Baharu
June 14, 2024 Fahim Zahar

Mungkin ramai tidak tahu akan perkara ini, Apple membenarkan pengguna menguji aplikasi Beta secara rasmi. Kadangkala ada aplikasi berbayar boleh digunakan secara percuma sepanjang tempoh percubaan yang biasanya makan masa berbulan. Untuk menguji aplikasi Beta, anda memerlukan pautan khas atau jemputan untuk memuat turunnya melalui Testflight.

Terbaru, Testflight akan menerima kemas kini antaramuka baharu yang lebih mirip App Store. Setiap pautan dan jemputan aplikasi beta baharu akan memaparkan tangkapan layar rasmi daripada pembangun berserta butiran mengenai aplikasi tersebut. Pembangun turut kelak boleh menetapkan kriteria untuk siapa yang layak menguji aplikasi mereka.

Apple turut menambah ciri menjana Stories untuk pembangun terus kongsi ke platform media sosial promosi dan ciri menarik aplikasi masing-masing. Ciri baharu ini akan diintegrasikan ke dalam App Store Connect untuk semua pembangun dalam minggu-minggu akan datang. Sementara Testflight baharu masih dalam ujian dan tidak didedahkan bila pengalaman baharu ini boleh digunakan oleh semua.

Komen