Carian
Realme GT 6 Kini Boleh Ditempah Di Malaysia Dengan Deposit RM6
June 14, 2024 Amy Maizuraa

Realme GT 6 sudah boleh dipratempah di Malaysia lebih awal daripada pelancaran rasminya pada 20 Jun 2024. Tumpuan tidak lagi diberikan pada kemasan dan perkakasan semata malahan ciri kecerdasan buatan (AI) generatif yang mampu mengubah aspek kehidupan pengguna moden.

Sebagai contoh fungsi AI Smart Removal yang boleh memadam atau mengalih keluar objek yang tidak diingini daripada gambar dengan bantuan AI. Kemudian AI Smart Loop pula membolehkan pengguna memindahkan gambar dan teks dengan cepat ke aplikasi pihak ketiga menggunakan gerak isyarat meleret. Ia juga dilihat mirip fungsi Magic Portal yang ditawarkan oleh Honor pada MagicOS 8.0. Turut disertakan adalah AI Night Vision Mode yang sepatutnya bantu dalam meningkatkan gambar cahaya malap ke tahap lebih baik bersama perincian yang terjaga.

Peranti juga akan dijana cip Snapdragon 8s Gen 3 dan kamera utama pula menggunakan sensor Sony LYT-808 dengan OIS. Sensor telefoto dengan kemampuan zum 2X dan bateri 5,500mAh yang menyokong pengecasan pantas 120W turut diberikan. Realme menyediakan dua warna untuk dipiliha yang terdiri dengan Razor Green dan Fluid Silver.

Bagi yang berminat pratempahan peranti ini boleh dibuat dengan meletakkkan deposit sebanyak RM6. Tempoh pratempah pula dibuka sehingga 20 Jun 2024 dengan peluang menerima hadiah berupa Realme Buds Air 5, Techlife Watch A1 dan jaminan tambahan yang termasuk skrin retak selama satu tahun. Harga jualan penuh bagaimanapun masih belum didedahkan pada waktu ini.

Komen