Carian
HarmonyOS Kini Menjadi Sistem Operasi Mudah-Alih Kedua Paling Popular Di China – Mengatasi Apple iOS
June 15, 2024 Aman

Usaha Huawei dalam pembangunan sistem operasi sendiri, HarmonyOS mula memperlihatkan kejayaan awal. Mengikut data terkini berasaskan Counterpoint Research, kini HarmonyOS memegang takhta sebagai sistem operasi kedua paling popular di China.

Mengikut pegangan pasaran pada suku pertama 2024, HarmonyOS mempunyai pegangan pasaran sebanyak 17%, dan diikuti oleh iOS dengan pegangan sebanyak 16%. Menduduki tangga pertama adalah Android, yang mempunyai pegangan majoriti pasaran mudah-alih bukan sahaja di China, tetapi di dunia.

Di China sendiri, permintaan untuk peranti Huawei mula meningkat kembali, apatah lagi dengan penawaran peranti menarik oleh pengeluar berkenaan. Tidak setakat pengguna, sejumlah pembangun juga telah mula membangunkan aplikasi natif untuk platform HarmonyOS – selari dengan usaha Huawei untuk beralih keluar daripada integrasi Android pada sistem operasi berkenaan.

Huawei sendiri dijangka akan memperkenalkan HarmonyOS Next melalui siri Huawei Mate 70 akan datang kelak pada tahun ini.

Komen