Carian
Threads Mengintegrasikan Skor Masa-Nyata Untuk Kejohanan Euro2024
June 16, 2024 Aman

Threads kini mula mengintegrasikan sokongan sejumlah data nyata pada platform mereka. Terbaru, selari dengan acara kejohanan EURO2024 yang berlangsung, Threads turut mengintegrasikan sokongan data dan skor masa-nyata untuk kejohanan berkenaan.

Sekiranya melakukan carian berkaitan EURO 2024 pada platform Threads, ia kini akan memaparkan skor untuk perlawanan terkini pada bahagian paling atas. Ia diikuti dengan perkongsian pengguna pada platform berkenaan untuk kata kunci berkenaan.

Selain EURO 2024, Threads juga dilihat telah mula menambah skor masa-nyata untuk beberapa perlawanan bola keranjang sebelum ini.

Mungkin bergerak kehadapan, kita akan melihat Threads mengintegrasikan lebih banyak informasi dan data semasa melalui platform mereka – sekaligus menyaingi penawaran platform X.

Komen