Carian
Shopee Kini Tidak Membenarkan Anda Melayari Produk Tanpa Log Masuk
June 16, 2024 Aman

Shopee kini dilihat telah mengemaskini laman web mereka, sekaligus tidak lagi membenarkan pengguna untuk melayari atau mengakses halaman produk, sekiranya tidak log masuk ke akaun Shopee.

Hal ini berbeza dengan sebelum ini yang membolehkan sesiapa sahaja mengakses halaman produk dan melihat penawaran produk di Shopee. Walaupun membuka halaman produk, pengguna akan dibawa ke halaman log masuk selepas beberapa detik. Perubahan baharu ini mungkin hadir dalam usaha meningkatkan angka pengguna, disamping kemungkinan untuk mendapatkan lebih banyak data berkenaan kelakuan pengguna di platform edagang tersebut.

Buat masa ini, daripada pemantauan dan penggunaan kami, perubahan ini telah mula diaktifkan dalam kalangan pengguna Shopee melalui pelayar web desktop.

Komen