Carian
iOS 18 Mempunyai Ciri Panggilan Video Kecemasan
June 17, 2024 Effi Saharudin

iPhone kelak boleh melakukan panggilan video kecemasan menerusi iOS 18. Penguji iOS 18 beta menemukan ciri dimana bukan sahaja video boleh distrim terus kepada talian kecemasan tetapi juga boleh menghantar video kepada mereka sekiranya diperlukan.

Dengan ini pemanggil yang sesat di hutan misalnya, boleh memberi video lokasi mereka bagi memudahkan mereka dijejak. Panggilan kecemasan dilakukan menggunakan rangkaian yang disulitkan bagi memastikan privasi. Ciri kecemasan ini tidak sama dengan ciri panggilan kecemasan menggunakan satelit. Ia dilakukan secara automatik apabila mengesan pengguna peranti terlibat dalam kemalangan.

Sebelum ini ciri ini sekadar melakukan panggilan telefon automatik dan menghantar SMS kepada ahli keluarga terdekat lengkap dengan lokasi GPS.

Komen