Carian
Chrome Di Android Kini Mempunyai Ciri Membaca Laman Web
June 17, 2024 Effi Saharudin

Pelayar web Google Chrome pada peranti Android mula menerima ciri membaca laman web yang dibuka. Menurut laporan 9to5 Google, ciri mula diberikan secara berperingkat sejak semalam dengan ciri ini diberikan nama “Listen to this page” dengan ia diakses menerusi menu dalam aplikasi.

Gambar oleh 9to5Google

Ciri ini bukan sahaja boleh membaca laman web yang dibuka tetapi hadir juga dengan ciri memilih suara yang digunakan untuk membaca tetapi juga boleh membaca menggunakan bahasa yang dipilih oleh pengguna. Terdapat kawalan audio seperti memulakan pembacaan, menjeda, melangkau ke depan, melangkau ke belakang dan juga mengawal kelajuan teks dibaca.

Pada ketika ini ciri hanya diterima sebilangan kecil pengguna Android dengan ia dijangka diberikan secara berperingkat dalam minggu-minggu mendatang. Ada pengguna yang mengatakan ciri boleh diakses jika Chrome versi 125 dipasang secara sisi di peranti Android. Dengan ciri ini satu ciri yang kerap kami gunakan pada Chrome versi desktop akhirnya tiba ke Android.

Komen