Carian
Kompas Kuantum Dibangunkan Untuk Penjejakan Kedudukan Di Bawah Tanah Dan Laut
June 18, 2024 Effi Saharudin

Sistem GPS seperti yang pernah kami tulis dibangunkan untuk tujuan ketenteraan sebelum tragedi Korean Airlines 007 menyebabkan Amerika Syarikat menawarkannya secara percuma kepada semua. Tetapi sistem GPS memerlukan isyarat satelit sepanjang masa untuk beroperasi membuatkan ia tidak boleh digunakan dalam terowong, bawah tahan dan juga bawah laut. Atas sebab ini sistem kompas kuantum sedang dibangunkan penyelidik dari Imperial College London.

Kompas kuantum – gambar oleh Imperial College

Di makmal atom rubidium dimasukkan ke dalam kebuk hampagas dan kemudian disejukkan ke suhu −273.15C. Pada suhu ini atom menunjukkan ciri-ciri kuantum dengan gelombang yang dihasilkan boleh dikesan dengan jitu menggunakan accelerometer. Sekiranya lokasi asal atom diketahui, setiap perubahan lokasi atom dapat dijejak membolehkan kedudukannya di dunia sebenar diketahui sepanjang masa.

Kompas kuantum yang dibangunkan sejak 2018 ini sedang diuji di dalam kereta api bawah tanah London kerana ia mempunyai trek yang berselirat di bawah tanah serta menjadi platform ujian dunia sebenar yang lebih tepat. Ia masih lagi belum dapat berfungsi dengan tepat, saiz yang besar dan memerlukan sistem laser yang kompleks untuk beroperasi. Maka pada ketika ini untuk ia digunakan pada telefon pintar dalam masa terdekat masih lagi mustahil.

Tetapi penyelidik di Imperial College melihat ia mungkin boleh menggantikan sistem sensor dan kabel yang digunakan oleh London Undergound untuk menjejak lebih 500 kereta apa yang beroperasi setiap hari dalam masa beberapa tahun sahaja lagi.

Komen