Carian
Apple Menamatkan Perkhidmatan Apple Pay Later Selepas Kurang Setahun Dilancarkan
June 18, 2024 Aman

Apple sebelum ini telah memperkenalkan perkhidmatan BNPL (Bayar Nanti, Pakai Lekas), dinamakan Apple Pay Later. Ia diperkenalkan secara terhad di Amerika Syarikat, pada 2023 yang lepas. Kini, kurang setahun sejak perkhidmatan berkenaan ditawarkan kepada umum, Apple mengumumkan akan menamatkan perkhidmatan berkenaan. Halaman sokongan turut menyatakan tiada lagi pinjaman baharu ditawarkan melalui Apple Pay Later.

Bagi yang tidak mengenali akan perkhidmatan berkenaan, ia menawarkan perkhidmatan seperti Shopee Pay Later, dimana pengguna boleh melakukan pembelian barangan dan membayar secara ansuran dalam pecahan sehingga empat kali bayaran.

Apple mengatakan mereka akan menawarkan perkhidmatan pinjaman dan ansuran baharu pada peringkat global tidak lama lagi, sekaligus memilih untuk menamatkan Apple Pay Later ini. Apple masih menyatakan komitmen mereka dalam memudahkan lagi pelbagai perkhidmatan pembayaran melalui Apple Pay.

Dengan peralihan keluar Apple daripada arena BNPL ini, adakah kita akan melihat pelbagai syarikat lain turut mengambil langkah serupa tidak lama lagi?

Komen