Carian
Huawei MatePad 11.5”S PaperMatte Edition Berharga RM2,499 Di Malaysia
June 18, 2024 Amy Maizuraa

Huawei telah melancarkan tablet baharu MatePad 11.5”S PaperMatte Edition untuk pasaran Malaysia. Ia dilengkapi sokongan PaperMatte Display yang bantu mengurangkan masalah silau. Selain turut diyakini mampu membawa perubahan serta inovasi dalam industri kreatif melalui gabungan aplikasi Go Paint dan Huawei M-Pencil (3rd Gen) Nearlink serba baharu.

Seperti namanya skrin adalah sebesar 11.5″ sejenis LCD 2.8K dengan kadar segar semula 144Hz. Padanan cip Kirin 9000WL bersama memori 8GB RAM, storan dalaman 256GB dan perisian HarmonyOS 4.2 turut digunakan. Tetapan kameranya utama pula sebesar 13MP (f/1.8) dan swafoto 8MP (f/2.0). Bateri 8,800mAh digunakan boleh dicas semula secara berwayar melalui port USB-C. Spesifikasi lain yang ada pada tablet ialah empat pembesar suara dengan Huawei Histen 9.0, Wi-Fi 802.11a/b/g/n/ac/ax dan bluetooth 5.2.

Bagi yang berminat, HUAWEI MatePad 11.5”S PaperMatte Edition dijual di Malaysia pada harga RM2,499. Pratempah sekarang dan berpeluang memenangi hadiah menarik bernilai RM2,046 yang termasuk Huawei Smart Magnetic Keyboard, Huawei M-Pencil (3rd Gen) Nearlink dan baucar sebanyak RM200.

Komen