Carian
Ketua Pengarah Kesihatan Amerika Ingin Media Sosial Diberikan Label Amaran Seperti Rokok
June 18, 2024 Effi Saharudin

Adakah media sosial membawakan impak negatif kepada penggunanya? Setakat ini tidak ada jawapan muktamad kerana kajian jangka pendek mengatakan ya sementara kajian jangka panjang oleh Oxford mula mengatakan tidak. Walaupun tiada persetujuan mengenai bahaya atau kebaikannya, ketiga pengarah kesihatan Amerika Syarikat kini menyarankan media sosial hadir dengan label amaran seperti rokok.

Dr. Vivek Murthy yang merupakan ketua pengarah kesihatan Amerika yang menulis untuk The New York Times berkata label adalah diperlukan kerana impaknya ke atas kesihatan mental. Beliau memetik beberapa kajian yang mendapati risiko mempunyai isu dengan imej tubuh adalah dua kali ganda lebih tinggi sekiranya pengguna bawah umur menggunakan media sosial lebih daripada 3 jam sehari.

Pada waktu yang sama Dr Murthy turut menyeru rang undang-undang yang melindungi pengguna bawah umur daripada buli atas talian, eksploitasi, penderaan dan pendedahan kepada kandungan seksual atau ekstrem digubal. Selain itu RUU menghalang data kanak-kanak dikumpul untuk algoritma juga disarankan beliau.

Saranan Dr Murthy menerima sokongan dan juga bantahan daripada pelbagai pihak. Yayasan Sempadan Elektronik (EFF) misalnya melihat ia sebuah langkah untuk menyekat kebebasan suara oleh rakyat. Yang menyokong pula berkata sudah tiba masanya media sosial dilihat sebagai platform berbahaya seperti rokok kerana ia boleh menyebabkan ketagihan.

Komen