Carian
Huawei MatePad SE 11 Dijual Di Malaysia Pada Harga RM999
June 18, 2024 Amy Maizuraa

Huawei hari ini turut melancarkan tablet baharu MatePad SE 11 di Malaysia. Ia menggunakan skrin bersaiz 11-inci LCD beresolusi 1920 × 1200 piksel. Peranti juga dilengkapi memori 8GB RAM dan storan dalaman 64GB. Cuma sayangnya butiran mengenai cip pemproses tidak pula dikongsi termasuk di laman web rasmi. 

Spesifikasi lain yang ada pada tablet ialah bateri 7,700mAh yang boleh dicas melalui port USB-C dan pengeca 22.5W. Selain itu mempunyai kamera utama 8MP, kamera swafoto 5MP, empat pembesar suara dengan Huawei Histen 9.0 dan sambungan bluetooth 5.1. 

Bagi yang berminat, Huawei MatePad SE 11SE dijual pada RM999 dengan ketersediaan bermula 22 Jun 2024. 

Komen